Isnin, 14 September 2009

tahniah cikgu

Kenaikan gaji menjadi harapan setiap pekerja samada di sektor kerajaan ataupun swasta, paling kurang ianya berlaku sekali dalam setiap tahun. Bagi guru yang baru bekerja tentunya kita seronok apabila menerima surat perlantikan contohnya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dengan gaji permulaan P1 T3 iaitu gaji permulaan RM1876.75. Berpandukan jadual gaji kita mula berangan-angan mengenai masa depan kita contohnya apa yang akan kita perolehi 10 tahun akan datang. Jika tidak berlaku kenaikan gred maka gaji kita ketika itu ialah P1 T13 iaitu RM2781.25. Kita mulai merasa selesa berbelanja bahkan membuat pinjaman jangka panjang untuk mendapatkan sesuatu di luar kemampuan kita kadang-kadang bayaran itu tersasar beberapa tahun selepas umur persaraan, tak kira berapa harganya yang penting ialah kita mampu memilikinya dan membayarnya secara ansuran.

Setelah 10 tahun berlalu kita memperolehi gaji yang diharapkan berdasarkan jadual gaji tetapi kita masih menghadapi masalah kewangan mungkin kerana dulu kita fikir untuk diri sendiri tetapi kini sudah berkeluarga dan mempunyai 3 hingga 5 orang anak. Kita terpaksa ambil kira pelbagai perkara dalam perbelanjaan kita termasuklah bayaran bulanan kenderaan, bayaran bulanan rumah, bayaran penjagaan anak, bayaran sewaan kenderaan anak ke sekolah, bayaran persekolahan anak dan pelbagai bayaran yang tidak dijangka termasuklah kenaikan harga barangan keperluan harian dan bayaran saman. Kita mula memikirkan kenaikan gred gaji yang lebih tinggi dengan harapan ianya dapat mengurangkan bebanan masalah kewangan kita.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kini gred gaji kita sudah berubah. Kini kita mendapat gaji gred DG44. AWAS bisikan akan datang kepada kita supaya menukar kereta baru, menambah aksesori rumah dengan perabut mewah atau menambah teman hidup baru. Apapun kita berhak berbelanja untuk mendapatkan apa yang kita hajati untuk keselesaan hidup kita namun biarlah ianya dalam batas keperluan dan kemampuan. YANG LEBIH BAHAYA ialah ajakan-ajakan untuk menyertai skim cepat kaya. Cepat kaya bagus tapi biarlah urusannya mendapat kelulusan bank negara, ada jaminan dan menepati syarak supaya kita tidak tertipu dan hasilnya diberkati Allah. Selepas kita mendapat DG44 kita mungkin bercita-cita untuk naik gred DG48, DG52 dan DG54 pula. Syabas cikgu seorang yang berwawasan tinggi dan berpandangan jauh. Saya ingin mengajak cikgu berfikir sesuatu iaitu adakah kadar kenaikan gaji tahunankita selama ini boleh mengatasi kadar inflasi yang kian meningkat? , adakah terdapat cara mudah untuk meningkatkan pendapatan yang mana pendapatan kita akan dapat melawan kadar inflasi dan akhirnya kita mencapai matlamat kebebasan kewangan iaitu pada waktu tersebut kita tidak ada lagi masalah hutang dan batasan dalam perbelanjaan hidup.



Jika diperhatikan kenaikan gaji tahunan gred DG41 P1T3 hingga P1T12 ialah sebanyak RM90.45 setahun. Kenaikan gaji tahunan gred DG44 P1T1 hingga P1T10 pula ialah sebanyak RM150.28 setahun. Ini bermakna peratus kenaikan gaji tahunan kita berbanding tahun sebelumnya semakin mengecil kerana kenaikannya berdasarkan nilai yang ditetapkan bukannya berdasarkan berapa peratus dari gaji sebelumnya, Perlu disedari bahawa inflasi negara pada kadar biasa berada pada kadar purata 4% setahun. Ini bermakna seorang guru DG41 selesa dengan gajinya sehingga P1T8, dia mungkin merasa tidak selesa berbelanja bila berada di T9 hingga T12. Guru DG44 merasa selesa berada di T1 hingga T7 tetapi mula merasai kurang selesa bila berada di T8 hingga T10 kerana peratus kenaikan gajinya lebih kecil dari peratus kenaikan inflasi.


Berdasarkan apa yang ditunjukkan dalam jadual pergerakan gaji kenaikan gaji dan gred hanya boleh memberikan keselesaan berbelanja dalam beberapa tahun sahaja. Saya ingin mengajak cikgu merancang kewangan masa depan cikgu yang lebih hebat iaitu melalui kaedah compound interest atau kuasa hebat pengumpulan melalui pelaburan unit amanah untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan jangka panjang iaitu 5 tahun lebih. Ramai pelabur sudah berjaya melalui kaedah kuasa hebat pengumpulan contohnya Warren Buffet sekarang berbangga menjadi orang terkaya di dunia dengan memiliki lebih USD45 billion kerana melabur hanya US100,000,00 sejak tahun 1956. Pelaburannya berkembang sebanyak purata 24.7% setahun. Di Malaysia terdapat banyak pengurus unit amanah swasta yang boleh memberikan keuntungan purata sehingga melebihi 15% setahun. Jika cikgu melabur RM10,000.00 pada tahun 2009 dan iainya berkembang pada kadar purata 15% setahun berapa cikgu akan dapat dalam tempoh 10 tahun dari sekarang iaitu pada tahun 2019?

Dengan modal RM10,000.00 pada 2009 ia menjadi RM40,455.39 pada tahun 2019. Jika cikgu mahu pendapatan yang lebih besar maka melaburlah dengan modal yang lebih besar. Kenaikan gaji DG44 sebanyak RM150.28 selama 10 tahun atau 120 bulan sebenarnya jika dikumpulkan hanyalah berjumlah RM18,033.60 berbanding modal cikgu RM10,000.00 itu jika dibahagikan kepada 120 bulan hanyalah RM83.30 sahaja tetapi bila ia menjadi RM40,455.39 bila dibahagi kepada 120 bulan maka seolah-olah cikgu mendapat kenaikan gaji RM337.13 setiap bulan dalam masa 10 tahun.

Saya sedia membantu cikgu membuat perancangan kewangan, semoga kita semua mencapai matlamat kebebasan kewangan, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat

masa itu emas

Kita selalu mendengar orang memperkatakan tentang time management dalam meningkatkan produktiviti, kepercayaan dan keuntungan sesebuah syarikat. Allah S.W.T menurunkan satu surah yang diberi nama surah masa ‘al-Asr’ di mana Imam al Syafie rahimahullah mengatakan jika sekiranya Allah S.W.T. tidak menurunkan surah surah lain maka sudah memadailah surah ini menjadi panduan nasihat kepada manusia. Dalam surah tersebut Allah S.W.T. bersumpah “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”.

Sebagai pekerja kita juga membicarakan tentang pengurusan masa dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kecekapan perkidmatan, tapi malangnya ramai dikalangan kita dibuai keselesaan gaji tetap bulanan dan diulit dengan kenaikan gaji tahunan menyebabkan kita rasa selesa dan terlupa berfikir tentang pengurusan masa diri dan keluarga kita dengan bijak. Kesibukan kerja dan keselesaan hidup yang dilalui menyebabkan ramai di kalangan kita apabila sampai umur persaraan baru menyedari keadaan ini lantas tidak bersedia untuk bersara. Akhirnya kita bersara wajib dalam keadaan hutang belum habis dibayar dan anak belum lepas tanggungan. Malang lagi jika kita terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menampung pencen bulanan yang tidak mencukupi dalam keadaan terpaksa dan menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Sepatutnya setelah 30 tahun berkhidmat maka baki usia yang ada digunakan bagi meningkatkan ketaqwaan dan amal ibadat untuk bekalan ke alam akhirat yang kekal abadi. Rupa-rupanya kita ada masalah lain iaitu financial management atau pengurusan kewangan. Kita terlupa membuat perancangan kewangan jangka panjang untuk pendidikan anak-anak dan untuk menyara keperluan hidup kita ketika kita bersara.

Putaran masa berlalu terasa kian pantas menyebabkan baki masa hidup kita di dunia ini semakin pendek. Keperluan harian kita terhadap dunia ini semakin meningkat dari masa ke semasa. kalau dulu membujang kini terpaksa menanggung isteri dan anak-anak. Pendidikan seorang anak di universiti sekarang sahaja sudah mencecah RM30,000 seorang. Jika waktu muda sihat tapi waktu bersara pelbagai penyakit bakal menjelma yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi iaitu puluhan ribu ringgit. Kadar inflasi pula semakin meningkat dari masa ke semasa buktinya kalau 30 tahun yang lalu ibubapa kita membekalkan kita 20 sen untuk perbelanjaan sekolah dan kadar itu boleh membeli air dan nasi lemak tapi sekarang 20 sen hanya boleh membeli gula-gula sahaja. Anak kita perlukan minimum RM1.00 untuk perbelanjaan di sekolah tidak termasuk tambang. Dalam bahasa yang mudah sejak 30 tahun lalu kadar harga barang meningkat 5 kali ganda. Kalau begitu 30 tahun akan datang kadar harga barang akan naik kepada 5 kali ganda maknanya cucu kita belanja sekolah pada kadar minimum RM5.00 sehari. Macamana pula harga ubat dan rawatan yang kita perlukan semasa kita pencen?

Ramai yang terlupa mengaitkan kadar inflasi dalam perancangan kewangan mereka menyebabkan mereka merasa selesa dengan bayaran pencen separuh gaji dan wang imbuhan persaraan yang bakal diterima tanpa merancang kewangan jangka panjang hidup mereka. Jika kadar inflasi kekal pada purata 4% setahun dan kita akan bersara 25 tahun lagi bermakna waktu itu inflasi meningkat kepada 100% berbanding sekarang. Ertinya pencen kita yang separuh gaji itu nilainya telah berkurang sekali ganda begitu juga wang imbuhan yang bakal diperolehi itu telah berkurang nilainya sekali ganda. Katakan gaji tertinggi bakal kita capai 25 tahun akan datang ialah RM8,000.00 maknanya pencen bakal kita perolehi ialah RM4,000.00 dan jumlah itu nilainya sama dengan apa yang boleh dibeli pada kadar RM2,000.00 pada tahun 2009. Jika imbuhan persaraan yang bakal kita perolehi 25 tahun akan datang ialah RM150,000.00 maka nilainya telah kurang sekali ganda iaitu duit tersebut hanya boleh membeli barang yang nilainya RM75,000.00 pada tahun 2009. cukupkah pendapatan tersebut untuk membiayai persaraan kita?


Apa perlu dibuat?, kita perlu menyediakan dana untuk sesuatu yang kita perlukan dan tindakannya hendaklah bermula sekarang. Letakkan wang kita ditempat yang selamat dalam masa yang sama kita benarkan wang tersebut digunakan bagi tujuan mendapatkan keuntungan dimana sebahagian keuntungan akan kita perolehi untuk menggandakan jumlah asal simpanan supaya matlamat kewangan kita untuk suatu jangka masa tertentu tercapai. Dengan kata lain kita laburkan wang kita dalam dana yang diuruskan secara profesional dan selamat. Dengan berbuat demikian kita seolah memastikan sebahagian wang yang kita ada turut bekerja untuk mencapai satu jumlah yang kita kehendaki. Jika kita hanya bergantung kepada tenaga yang ada untuk mengumpul sejumlah wang yang kita hajati tentunya sampai suatu masa tenaga kita berkurang dan produktiviti juga turut mengecil tetapi jika kita seorang pekerja dan juga seorang pelabur maka diwaktu tenaga kita sudah berkurang wang kita yang telah terkumpul sekian lama masih hebat bekerja untuk mencapai matlamat kewangan kita atau menanggung keperluan kita.

Ahad, 13 September 2009

pelancaran blog

Bismillahirrahmanirrahim