Isnin, 14 September 2009

tahniah cikgu

Kenaikan gaji menjadi harapan setiap pekerja samada di sektor kerajaan ataupun swasta, paling kurang ianya berlaku sekali dalam setiap tahun. Bagi guru yang baru bekerja tentunya kita seronok apabila menerima surat perlantikan contohnya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dengan gaji permulaan P1 T3 iaitu gaji permulaan RM1876.75. Berpandukan jadual gaji kita mula berangan-angan mengenai masa depan kita contohnya apa yang akan kita perolehi 10 tahun akan datang. Jika tidak berlaku kenaikan gred maka gaji kita ketika itu ialah P1 T13 iaitu RM2781.25. Kita mulai merasa selesa berbelanja bahkan membuat pinjaman jangka panjang untuk mendapatkan sesuatu di luar kemampuan kita kadang-kadang bayaran itu tersasar beberapa tahun selepas umur persaraan, tak kira berapa harganya yang penting ialah kita mampu memilikinya dan membayarnya secara ansuran.

Setelah 10 tahun berlalu kita memperolehi gaji yang diharapkan berdasarkan jadual gaji tetapi kita masih menghadapi masalah kewangan mungkin kerana dulu kita fikir untuk diri sendiri tetapi kini sudah berkeluarga dan mempunyai 3 hingga 5 orang anak. Kita terpaksa ambil kira pelbagai perkara dalam perbelanjaan kita termasuklah bayaran bulanan kenderaan, bayaran bulanan rumah, bayaran penjagaan anak, bayaran sewaan kenderaan anak ke sekolah, bayaran persekolahan anak dan pelbagai bayaran yang tidak dijangka termasuklah kenaikan harga barangan keperluan harian dan bayaran saman. Kita mula memikirkan kenaikan gred gaji yang lebih tinggi dengan harapan ianya dapat mengurangkan bebanan masalah kewangan kita.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kini gred gaji kita sudah berubah. Kini kita mendapat gaji gred DG44. AWAS bisikan akan datang kepada kita supaya menukar kereta baru, menambah aksesori rumah dengan perabut mewah atau menambah teman hidup baru. Apapun kita berhak berbelanja untuk mendapatkan apa yang kita hajati untuk keselesaan hidup kita namun biarlah ianya dalam batas keperluan dan kemampuan. YANG LEBIH BAHAYA ialah ajakan-ajakan untuk menyertai skim cepat kaya. Cepat kaya bagus tapi biarlah urusannya mendapat kelulusan bank negara, ada jaminan dan menepati syarak supaya kita tidak tertipu dan hasilnya diberkati Allah. Selepas kita mendapat DG44 kita mungkin bercita-cita untuk naik gred DG48, DG52 dan DG54 pula. Syabas cikgu seorang yang berwawasan tinggi dan berpandangan jauh. Saya ingin mengajak cikgu berfikir sesuatu iaitu adakah kadar kenaikan gaji tahunankita selama ini boleh mengatasi kadar inflasi yang kian meningkat? , adakah terdapat cara mudah untuk meningkatkan pendapatan yang mana pendapatan kita akan dapat melawan kadar inflasi dan akhirnya kita mencapai matlamat kebebasan kewangan iaitu pada waktu tersebut kita tidak ada lagi masalah hutang dan batasan dalam perbelanjaan hidup.



Jika diperhatikan kenaikan gaji tahunan gred DG41 P1T3 hingga P1T12 ialah sebanyak RM90.45 setahun. Kenaikan gaji tahunan gred DG44 P1T1 hingga P1T10 pula ialah sebanyak RM150.28 setahun. Ini bermakna peratus kenaikan gaji tahunan kita berbanding tahun sebelumnya semakin mengecil kerana kenaikannya berdasarkan nilai yang ditetapkan bukannya berdasarkan berapa peratus dari gaji sebelumnya, Perlu disedari bahawa inflasi negara pada kadar biasa berada pada kadar purata 4% setahun. Ini bermakna seorang guru DG41 selesa dengan gajinya sehingga P1T8, dia mungkin merasa tidak selesa berbelanja bila berada di T9 hingga T12. Guru DG44 merasa selesa berada di T1 hingga T7 tetapi mula merasai kurang selesa bila berada di T8 hingga T10 kerana peratus kenaikan gajinya lebih kecil dari peratus kenaikan inflasi.


Berdasarkan apa yang ditunjukkan dalam jadual pergerakan gaji kenaikan gaji dan gred hanya boleh memberikan keselesaan berbelanja dalam beberapa tahun sahaja. Saya ingin mengajak cikgu merancang kewangan masa depan cikgu yang lebih hebat iaitu melalui kaedah compound interest atau kuasa hebat pengumpulan melalui pelaburan unit amanah untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan jangka panjang iaitu 5 tahun lebih. Ramai pelabur sudah berjaya melalui kaedah kuasa hebat pengumpulan contohnya Warren Buffet sekarang berbangga menjadi orang terkaya di dunia dengan memiliki lebih USD45 billion kerana melabur hanya US100,000,00 sejak tahun 1956. Pelaburannya berkembang sebanyak purata 24.7% setahun. Di Malaysia terdapat banyak pengurus unit amanah swasta yang boleh memberikan keuntungan purata sehingga melebihi 15% setahun. Jika cikgu melabur RM10,000.00 pada tahun 2009 dan iainya berkembang pada kadar purata 15% setahun berapa cikgu akan dapat dalam tempoh 10 tahun dari sekarang iaitu pada tahun 2019?

Dengan modal RM10,000.00 pada 2009 ia menjadi RM40,455.39 pada tahun 2019. Jika cikgu mahu pendapatan yang lebih besar maka melaburlah dengan modal yang lebih besar. Kenaikan gaji DG44 sebanyak RM150.28 selama 10 tahun atau 120 bulan sebenarnya jika dikumpulkan hanyalah berjumlah RM18,033.60 berbanding modal cikgu RM10,000.00 itu jika dibahagikan kepada 120 bulan hanyalah RM83.30 sahaja tetapi bila ia menjadi RM40,455.39 bila dibahagi kepada 120 bulan maka seolah-olah cikgu mendapat kenaikan gaji RM337.13 setiap bulan dalam masa 10 tahun.

Saya sedia membantu cikgu membuat perancangan kewangan, semoga kita semua mencapai matlamat kebebasan kewangan, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat

1 ulasan: